
H2S
KITCHEN

SEJARAH H2S CATERING SERVICES
H2S Catering Services merupakan syarikat yang dimiliki 100% oleh 4 orang anak bumiputera yang berasal dari negeri Perak. Syarikat ini ditubuhkan pada bulan Jun 2010 dan menjalankan perniagaan berasakan perkhidmatan untuk majlis-majlis tertentu terutama sekali majlis perkahwinan. Perniagaan ini menjalankan perniagaan di sekitar kawasan Tanjung Malim serta di kawasan-kawasan negeri Perak.
Matlamat syarikat kami adalah menyediakan makanan yang berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan.
Melalui pengalaman dan kemahiran yang telah di diceburi dalam bidang perniagaan selama 10 tahun, syarikat ini mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memenuhi kehendak pelanggan. Sememangnya, syarikat H2S Catering Services mempunyai kakitangan yang terlatih dan mencukupi untuk tugasan – tugasan yang disediakan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan . Selain itu, SEDAP CEKAP LENGKAP adalah teras perkhidmatan cemerlang H2S Catering Services yang menjadi komitmen kepada pelanggan-pelanggan. Disamping mempunyai pelbagai pilihan menu-menu dari pelbagai citarasa, pelanggan-pelanggan juga boleh membuat ketetapan menu yang mereka inginkan bersesuaian dengan majlis yang dianjurkan samada di dalam dewan mahupun di kawasan luar bangunan.